Author: Fairuz Ayu
•23:09

Apabila tiba musim Haji tahun berikutnya ,dua belas orang ansar pergi melaksanakan ibadah haji.Mereka telah bertemu dengan Rasulullah di Aqabah yang dikenali dengan peristiwa perjanjian Aqabah Pertama.Mereka membaiat (berjanji setia ) dengan Rasulullah seperti mana kaum wanita. Peristiwa tersebut berlaku sebelum perang diwajibkan ke atas mereka.

Nama-Nama Peserta Perjanjian Aqabah Pertama 

Ibnu Ishaq berkata : “para peserta perjanjian Aqabah pertama dari kalangan lelaki Bani An-Najjar ,kemudian dari Bani Malik bin Al –Najjar adalah seperti berikut :

  1. As’ad bin Zurarah bin Udas bin Ubaid bin Tha’labah bin Ghamn bin Malik bin An-Najjar. Panggilan As’ad bin Zurarah adalah Abu Umamah. 
  2. Auf 
  3. Mu’az 
  • Auf dan Muaz adalah anak kepada al-Harith bin Rifa;ah bin Sawad bin Malik bin An-Najjar. Ibu mereka bernama Afra’. 

Dari Bani Zuraiq bin Amir adalah seperti berikut :


1. Rafi’ bin Malik bin Al-Ajlan bin Amru bin Amir bin Zuraiq.
2. Zakwan bin Abdul Qais bin Khaldah bin Mukhlid bin Amir bin Zuraiq. (Ibnu Hisyam berkata : Zakwan seorang muhajir (orang yang berhijrah) sekaligus Anshar.


Dari Bani ‘Auf bin Al-khazraj ,kemudian dari Bani Ghanm bin Auf bin Amru bin Auf bin Al-khazraj adalah seperti berikut :

  1. Ubadah bin As- Shamit bin Qais bin Ahram bin Fihr Bin Tha’labah bin Ghanm. 
  2. Abu Ubaidah yang tidak lain adalah Yazid bin Tha’labah bin Khazmah bin Ashram bin Amru bin Ammarah dari Bani Ghuadidashshainah dari Baliy sekutu Bani Auf bin al-Khazraj. 

Ibnu Ishaq berkata :

Dari Bani Salim bin Auf bin Amru Auf bin Khazraj ,kemudian dari Bani Al-Ajlan bin Zaid Bin Ghanm bin Salim hanya seorang iatu : Al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah bin Malik Bin Al-Ajlan.

Dari Bani Salimah bin Saad bin Aliy bin Asad bin Saridah bin Tazid bin Jusyam bin Al- Khazraj , kemudian dari Bani Haram bin Kaab bin Ghanm bin Kaab bin Salamah hanya seorang iaitu uqbah bin Amir Bin Nabi bin Zaid bin Haram.

Dari Bani Sawad bin Ghanm bin Kaab bin Salamah hanya seorang iaitu Qutbah bin Amir bin Hadidah bin Amru bin Ghanm bin Sawad.

BAI’AH (IKRAR SETIA) AL-AQABAH

Didalam kitab sirah Rohiqul Makhtum telah disebutkan bahawa ada enam orang penduduk Yathrib masuk islam pada musim Haji tahun 11 kenabian dan mereka berjanji kepada Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalahnya di kalangan kaum mereka.


Hasilnya pada musim Haji tahun berikutnya iaitu musim Haji tahun 12 kenabian bersamaan Julai 621(M) datanglah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah menemui Rasulullah s.a.w pada tahun lepas. Seorang lagi yang tidak hadir iti ialah Jabir bin Abdullah bin Ri’ab. Selebihnya adalah tujuh orang yang baru iaitu :

  1. Mu’adh bin Al-Harith bin Afra’ dari Bani An-Najjar (Kabilah Al-Khazraj) 
  2. Zakwan bin Abdul Al-Qays dari Bani Zurayq (kabilah al-khazraj) 
  3. Ubadah bin Al-Samit dari Bani Ghanam (Kabilah Al-Khazraj) 
  4. Yazid bin Tha’labah dari sekutu Bani Ghanam (kabilah Al- Khazraj) 
  5. Al-Abbas bin Ubadah Bin Nadhlah dari Bani Salim (kabilah Al-Khazraj) 
  6. Abu Al-Haytham bin Al-Tihan dari Bani Abdul Al-Ayshal (Kabilah Aws) 
  7. Uwaym Bin Saidah dari Bani Amru’ bin Awf (Kabilah Aws) 
2 orang yang terakhir dari kabilah Aws,sementara yang bakinya adalah dari Kabilah Khazraj.

Mereka ini datang bertemu Rasulullah s.a.w di Aqabah ,Mina. Dalam pertemuan ini mereka telah berjanji setia sebagaimana Bai’ah para wanita yakni kandungan baiah ini sejajar dengan bai’ah yang diberikan oleh golongan wanita kepada nabi s.a.w ketika pembukaan Mekah.

Al- Bukhariy meriwayatkan daripada Ubadah bin As-Samit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

Marilah,berbai’ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun,tidak mencuri, tidak berzina,tidak membunuh anak-anakmu,tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan. Barang siapa daripada kamu yang menunaikan bai’ah ini,maka Allah akan memberikan ganjarannya.Barang siapa yanag terlanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu adalah sebagai penebus (kafarah) . Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya ,maka urusannya terserahlah pada Allah,jika Dia mahu maka Dia akan menyeksanya dan jika Dia mahu Dia akan mengampunkannya.

Kata Ubadah : lalu aku pun membai’ahnya – dalam naskhah lain : lalu kami pun membai’ahnya atas perkara tersebut.


DUTA ISLAM KE MADINAH

Selepas selesai bai’ah ini dan musim haji pun berlalu,maka Nabi s.a.w mengutuskan bersama kumpulan yang berbaiah ini dutanya yang pertama ke Yathrib .Tujuannya ialah untuk mengajar orang-orang islam di sana tentang Syariat-syariat Islam serta memperdalamkan kefahaman mereka terhadap agama ini. Duta ini juga berperanan menyebarkan islam kepada mereka yang masih mensyirikkan Allah. Untuk tujuan ini,maka baginda memilih seorang anak muda di kalangan yang terawal memeluk islam iaitu Mus’ab bin Umayr Al- Abdariy r.a.

KEJAYAAN YANG MENGGEMBIRAKAN

Di Yathrib Mus’ab menumpang di rumah As’ad bin Zurarah.Mereka brdua kemudiannya menyebarkan islam dengan penuh semangat dan kesungguhan kepada penduduk Yathrib .Mus’ab terkenal sebagai seorang yang mahir membaca Al-Quran. Antara contoh hebat yang menunjukkan kejayaannya dalam berdakwah ialah kisah dakwahnya di kebun Bani Zafar.
Author: Fairuz Ayu
•23:00

Pada musim Haji tahun 13 kenabian- Jun 622 (M) lebih tujuh puluh orang muslim penduduk Yathrib datang untuk menunaikan haji. Mereka datang bersama jemaah haji dari kalangan kaum mereka yang masih syirik. Semasa berada di Yathrib atau semasa dalam perjalanan ,mereka bertanya-tanya sesama mereka, sampai bila mereka akan membiarkanRasulullah s.a.w berjalan dan hidup terusir serta ketakutan di kawasan bukit-bukit Mekah ini?

Justeru apabila mereka sampai ke Mekah,berlakulah perhubungan rahsia antara mereka dengan nabi s.a.w yang membawa persetujuan dua pihak untuk berkumpul pada pertengahan hari-hari Tasyriq di suatu lorong Aqabah tempat terletaknya Jamrah Al-Ula di Mina. Mereka bersetuju bahawa pertemuan itu akan diadakan secara rahsia iaitu di saat jauh malam.

Marilah kita mendengar seorang pemimpin Ansar menyifatkan kepada kita perihal pertemuan yang bersejarah itu. Pertemuan yang mengubah pusingan hari-hari yang berlalu antara penentangan berhala dan Islam.Ka’ab bin Malik Al-Ansari r.a berkata :

“kami keluar untuk menunaikan haji dan kami berjanji untuk bertemu Rasulullah s.a.w di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyriq. Pada malam janji temu kami dengan Rasulullah s.a. itu,bersama kami Abdullah bin Amru bin Haram,salah seorang ketua yang terhormat antara kami.Kami libatkan dia bersama kami sedangkan kaum kami yang musyrikin,kami rahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan mereka. Lalu kami berbicara dengannya dan kami memberitahu : Hai Abu Jabir,kamu ini ketua di kalangan ketua-ketua kami serta salah seorang yang terhormat. Sesungguhnya kami tidak senang dengan keadaan kamu sekarang ini akan menyebabkan kamu menjadi kayu api di neraka pada esok hari.Kemudian kami pun mengajaknya kepada islam dan kami ceritakan tentang janji temu kami dengan Rasulullah di Aqabah. Lalu dia bersetuju untuk masuk islam dan datang bersama kami di Aqabah. Akhirnya dia dilantik sebagai salah seorang naqib. 

Kaab menceritakan lagi :” maka pada malam itu kami tidur bersama kaum kami di tempat persinggahan kami. Sehingga apabila berlalu sepertiga malam,kami pun keluar dari tempat kami untuk memenuhi janji dengan Rasululah s.a.w. Kami keluar secara diam-diam sehingga akhirnya kami berkumpul di satu lorong di Aqabah. Jumlah kami ialah seramai 70 orang lelaki dan dua orang wanita iaitu Nusaibah Binti Kaab - Ummu Ammarah dari Bani Mazin bin Al-Najjar dan Asma binti Amru – Ummu Hani – dari Bani Salamah. Kami pun berkumpul di lorong itu menanti kedatangan Rasulullah s.a.w sehingga baginda sampai. Bersama baginda ialah bapa saudaraya al- Abbas bin Abd al- mutalib.ketika itu dia masih mengikut agama kaumnya akan tetapi dia mahu turut serta mengetahui hal urusan anak saudaranya agar dapat dipercayai keselamatannya dan Dialah orang pertama yang bercakap.

Al-Abbas Memulakan Bicara Dan Menerangkan Betapa Beratnya Tanggungjawab.

Setelah semuanya berkumpul,bermulalah perbincangan untuk mengikat satu perjanjian keagamaan dan ketenteraan. Orang pertama yang bercakap ialah Al-Abbas Bin Al- Mutalib, bapa saudara rasulullah. Tujuan dia bercakap adalah untuk menerangkan kepada mereka secara terus terang betapa serius tanggungjawab yang terpikul apabila bersetuju untuk mengikat perjanjian ini. Katanya :’ Hai sekalian orang khazraj,orang-orang arab memanggil orang Ansar dengan panggilan Khazraj – samaada yang khazraj mahupun Aws – sesungguhnya Muhammad itu berasal dari kalangan kami seperti yang anda tahu. Kami telah mempertahankannya dari kaum kami yang sama pegangannya dengan kami. Dia berada dalam kelmuliaan didalam kaumnya dan dipertahankan di negerinya. Tetapi dia tetap hendak memilih untuk bersama kamu. Kalau kamu memang benar hendak menunaikan apa yang diajaknya kepada kamu dan kamu sanggup mempertahankannya daripada mereka yang menentangnya maka terserahlah kepada kamu untuk memikul tanggungjawab itu. Tetapi sekiranya kamu bercadang untuk menyerahkan Muhammad dan tidak menolongnya setelah dia keluar bersama kamu, maka dari sekarang sila tinggalkannya kerana dia berada dalam kemuliaan dan dipertahankan dikalangan kaum di dalam negerinya.”

Ka’ab berkata : Lalu kami bertanya kepadanya :” Kami telah mendengar apa yang kamu katakan. Maka silalah bercakap hai Rasulullah dan pilihlah untuk dirimu dan tuhanmu apa yang kamu suka.”
Jawapan yang diberikan menunjukkan keazaman mereka yang bersungguh-sungguh, keberanian ,keimanan,dan keikhlasan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini dan risiko yang merbahaya.
Setelah itu rasulullah s.a.w menyampaikan kepada mereka butir-butir perjanjian tersebut dan setelah itu mereka pun berbai’ah dengan rasulullah s.a.w.

BUTIR-BUTIR BAI’AH
Butir- butir Bai’ah tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Jabir secara terperinci. Kata Jabir : Kami bertanya :” wahai rasululllah atas dasar apa kami akan membai’ah kamu? Baginda menjawab :

1. Dengar dan patuh samaada semasa rajin atau malas
2. Sanggup mengeluarkan belanja semasa susah atau senang.
3. menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran.
4. menegakkan tanggungjawab agama Allah tanpa menghirau celaan orang yang mencela.
5. menolong aku ketika aku datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kemu mempertahankan diri,isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu balasannya adalah syurga.

Dalam riwayat Kaab yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq hanya menyebut butir terakhir sahaja daripada butir-butir ini. Riwayat tersebut berbunyi : Kata Kaab : “lalu rasulullah s.a.w bercakap,kemudian membaca Al-Quran dan mengajak kepada agama Allah serta menggemarkan kepada islam. Kemudian baginda berkata : Aku sanggup menerima bai;ah kamu dengan syarat kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri,isteri dan anak pinak kamu.

Lalu Al- Barra’ bin Ma’rur memegang tangan baginda seraya berkata : “ Ya demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran pasti kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kqmi mempertahankan belakang tubuh kami. Maka sudilah menerima bai’ah kami ya Rasulullah.
Ketika Al-Barra sedang bercakap,Abu Al- Haytham mencelah dengan berkata : “wahai rasulullah sesungguhnya antara kami dengan orang yahudi ada perjanjian,apakah kalu kami memutuskan hubungan dengan mereka kemudian Allah memenangkan kamu,maka kamu akan balik kepada kaummu meninggalkan kami?
Lalu baginda tersenyum seraya berkata : bahkan darah tetap darah,binasa tetap binasa,aku dari kalangan kamu dan kamu dariku,aku akan memerangi siapa yang kamu perangi dan aku akan berikan keamanan kepada siapa yang kamu selamatkan?

TERLAKSANANYA BAI’AH.

Selepas memperakui butir-butir yang terkandung dalam bai’ah itu dan setelah pemastian dan penegasan ,maka bermulalah perlaksanaan bai’ah dengan cara berjabat tangan. Kata Jabir – setelah melaporkan kata-kata Saad bin Zurarah - : Lalu mereka berkata : “Hai As’ad lepaskan tanganmu itu,demi Allah kami tidak akan meninggaklan bai’ah dan tidak akan menarik diri daripadanya.

Maka ketika itu tahulah As’ad sejauh mana kaumnya sanggup berkorban dalam perjuangan ini dan yakin benarlah dia dengan kesediaan mereka itu. As’ad adalah pendakwah besar bersama Mus’ab bin Umayr,dan tentulah dia ketua keagamaan di kalangan mereka yang berbai’ah itu,labtaran itu dia adalah orang yang terawal berbai’ah. Ibnu Ishaq berkata :Bani An-Najjar mendakwa bahawa Abu Umamah As’ad bin Zurarah ialah orang yang pertama menepuk atas tangan Rasulullah s.a.w. Selepas itu bermulalah bai’ah secara umum. Kata Jabir :’ Lalu seorang demi seorang bangun kepada nabi lalu membai’ahnya. Dengan bai’ah itu,baginda menjamin syurga kepada kami.
Adapun bai’ah dua orang wanita yang turut serta dalam peristiwa itu hanya dalam berbentuk lisan sahaja.,kerana rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.

12 ORANG NAQIB

Setelah bai’ah itu sempurna dilaksanakan Rasulullah s.a.w meminta supaya dipilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib kepada kaumnya. mereka bertanggungjawab terhadap kaumnya dalam melaksanakn butir-butir bai’ah tersebut. Llau baginda pun berkata kepada mereka :’keluarkan kepadaku dua belas orang daripada kalangan kamu sebagai naqib yang akan bertanggungjawab terhadap kaumnya apa yang ada pada mereka.
Pada masa itu juga dengan segera mereka dipilih,iaitu sembilan orang dari kabilah khazraj dan tiga orang dari kabilah Aws.berikut ialah nama-nama mereka :

Naqib Daripada Kabilah Khazraj

  1. As’ad bin Zurarah bi Adas 
  2. Saad bin Ar-Rabi’ bin Amru 
  3. Abdullah bin Rawwahah bin Tha’labah 
  4. Rafi Bin Malik Bin Al-Ajlan 
  5. Al- Barra bin Ma’rur bin Sakhr 
  6. Abdullah bin Amru Bin Haram 
  7. Ubadah bin As-Samit Bin Qays 
  8. Saad bin Ubadah Bin Dulaym 
  9. Al-Mundhir bin Amru bin Khunays 

Naqib Daripada Kabilah Aws

  1. Usayd Bin Hudhair bin Sammak 
  2. Sa’ad Bin Khaytamah bin al-Harith 
  3. Rifaah bin Abd Al-Mundhir bin Zubayr 
Selepas selesai pemilihan naqib-naqib,nabi s.a.w. mengambil perjanjian keatas mereka dengan sifat mereka sebagai ketua-ketua yang memikul tanggungjawab. Kata baginda kepada mereka :”kamu bertanggungjawab terhadap kaum kamu sebagaimana pertanggungjawaban Hawari kepada Nabi Isa a.s dan aku bertanggungjawab terhadap kaumku”- yakni semua umat islam- mereka menjawab:”baiklah”.

Syaitan Membocor Perjanjian

Setelah selesai diikat perjanjian tersebut , dimana mereka sudah hampir mahu meninggalkan tempat itu,tiba-tiba salah seekor syaitan telah mendedahkan rahsia tersebut. Disebabkan syaitan itu menghadiri pertemuan tersebut pada saat-saat akhir, ia tak sempat lagi menyampaikan berita tersebut kepada pemimpin-pemimpin Quraisy secara rahsia supaya mereka dapat melancarkan tindakan tergempar. Sedangkan ketika itu, orang-orang Quraisy berada di tempat mereka. Lantaran itu syaitan bangun di tempat yang tinggi lalu melaungkan dengan kuat : “Hai mereka yang berada di rumah, apa yang kamu dapat buat kepada Muhammad sedangkan puak-puak yang menukar agama itu ada bersamanya? mereka sedang berkumpul untuk memerangi kamu.

Lalu Rasulullah s.a.w berkata : “ inilah syaitan (yang bernama)Azzab (didalam sesetengah riwayat meneyebutkan ibn Azyab) di Aqabah. Demi Allah ,hai seteru Allah kami tidak akan membuka kesempatan untukmu.” Kemudian baginda menyuruh mereka bergegas pulang ke tempat penginapan. Maka mereka pun pulang dan tidur hingga ke pagi.

Orang Ansar Bersedia Melawan Quraisy

Ketika mendengar jeritan syaitan itu, Al-Abbas Bin Ubadah bin Nadlah berkata : demi dia yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, kalau kamu mahu,nescaya kami sanggup menghadapi orang di Mina besok hari dengan pedang-pedang kami.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :”kita tidak diperintahkan begitu.pulanglah ke tempat penginapan kamu. Maka mereka pun pulang dan tidur sehingga pagi.

Quraisy Mengemukakan Bantahan Kepada Pembesar Yathrib

Apabila berita itu sampai ke pendengaran orang-orang Quraisy ,maka timbullah kegusaran dan kebimbangan mereka, kerana mereka mengetahui akibat daripada perjanjian sebegitu dan risiko kepada diri dan harta benda mereka. Awal-awal pagi lagi satu rombongan besar bergegas menuju ke perkhemahan penduduk Yathrib untuk mengemukakan bantahan keras terhadap perjanjian tersebut. Llau berkatalah seorang daripada mereka :
“Hai sekalian orang khazraj,telah sampai berita kepada kami bahawa kamu datang menemui Muhammad ini untuk membawanya keluar bersama kamu,dan kamu telah berbai’ah kepadanya untuk mmerangi kami. Demi Allah tidak ada bangsa Arab yang paling kami tidak senang berperang dengan mereka kecuali kamu.

Oleh kerana orang-orang musyrikin Al-Khazraj tidak sedikit pun mengetahui tentang bai’ah ini kerana ianya berlangsung dengan penuh rahsia serta pada jauh malam,maka dengan serta merta mereka bersumph dengan nama Allah bahawa mereka tidak tahu apa-apa. Sehingga apabila kaum musyrikin Mekah sampai kepada Abdullah bin Ubay bin Salul,dengan segera Abdullah menjawab :” Karut semua ini,ini tak berlaku,kaumku tidak akan mengambil keputusan seperti ini,tanpa berunding denganku terlebih dahulu. Kalau sekalipun aku berada di Yathrib nescaya kaumku tidak akan melakukan ini melainkan setelah meminta pandanganku.
Adapun orang-orang Yathrib yang Muslim, maka mereka pandang-memandang sesama mereka kemudian membisu seribu bahasa. Tidak seorang pun daripada mereka yang bercakap sama ada menafi mahupn mengiakan.

Quraisy Mendapat Pengesahan Berita Dan Mengejar Orang-Orang Yang Berbai’ah

Kembalilah pembesar-pembesar Quraisy itu dengan separuh yakin bahawa berita yang diterima itu adalah palsu. Namun mereka terus menginyip untuk mendapatkan kepastian sehingga ternyata kepada mereka bahawa berita itu benar. dan bai’ah itu telah pun terlaksana . Hal itu diketahui setelah mana rombongan haji telah beredar pulang ke tanah air mereka, lalu dengan segera pahlawan berkuda Quraisy mengejar orang-orang quraisy,tetapi sudah terlamat untuk mendapatkan mereka. Tetapi mereka sempat melihat Saad bin Ubadah dan Al- Mumdhir bin Al-Amru lalu segera dikejar mereka berdua. Al- Mundhir berjaya melepaskan diri daripada kaum tersebut sementara saad pula dapat ditangkap. mereka mengikat tangannya ke leher dengan tali kuda. Mereke memukul dan menarik tubuhnya sehingga sampai ke Mekah. Tetapi Al- Mutim bin Adiy dan Haris Bin Harb Bin Umayah segera datang membebaskannnya daripada tangan mereka. ini kerana Saad pernah memberikan perlindungan kepada kafilah-kafilah perdagangan mereka berdua yang melintasi Madinah. Setelah kehilangan Saad orang-orang Ansar mula berpakat untuk menjejakinya. Tiba-tiba Saad muncul kepada mereka,lalu akhirnya mereka semua selamat pulang ke Madinah.
Author: Fairuz Ayu
•22:50

Sebagaimana Rasulullah s.a.w mempersaudarakan antara orang-orang mukmin ,baginda juga turut mengadakan perjanjian yang dapat membasmi segala onak dan noda jahiliah serta elemen kepuakan. Dengan piagam ini, baginda tidak membuka adanya ruang untuk meresap budaya jahiliah. Fasal-fasal piagam tersebut secara ringkasnya adalah seperti berikut : 

Inilah kitab (surat ) daripada muhammad s.a.w antara orang-orang beriman dan orang-orang islam dari kalangan Quraisy dan penduduk Yathrib serta yang mengikut dan menyusul mereka serta berjuang bersama mereka : 


  1. Bahawa mereka adalah satu umat selain daripada manusia-manusia lain. 
  2. Orang-orang Muhajirin dari kalangan Quraisy menurut kebiasaan yang berlaku dikalangan mereka saling membayar diat di kalangan mereka . Mereka hendaklah menebus sendiri tawanan mereka dengan cara yang baik dan adil di kalangan orang-orang mukmin. Setiap kabilah dari kalangan Ansar menurut kebiasaan yang berlaku di kalangan mereka hendaklah membayar diat sebagaimana yang pernah mereka lakukan dahulu. Setiap puak dari kabilah itu hendaklah menebus sendiri tawanannya secara baik dan adil di kalangan orang –orang mukmin. 
  3. Orang-orang yang beriman tidak boleh membiarkan seseorang menanggung beban yang berat. Mereka hendaklah membantunya dengan cara yang baik dalam membayar tebusan atau diat. 
  4. Orang mukmin yang bertakwa hendaklah menentang orang-orang yang melampaui batas terhadap mereka atau orang yang berbuat zalim, dosa , menimbulkan permusuhan atau melakukan kerosakan di kalangan orang-orang mukmin. 
  5. Mereka hendaklah sepakat dalam menentang kejahatan itu sekalipun terhadap anak salah seorang mereka. 
  6. Orang mukmin tidak boleh membunuh orang mukmin kerana menolong seorang yang kafir. 
  7. Orang mukmin tidak boleh membantu orang kafir untuk melawan orang mukmin. 
  8. Bahawa perlindungan Allah itu satu, iaitu Dia melindungi orang yang lemah diantara mereka. 
  9. Orang- orang yahudi yang mengikut kita berhak mendapat pertolongan dan kesamaan tanpa dianiaya dan ditentang terhadap mereka. 
  10. Perjanjian damai orang-orang mukmin itu satu. Seorang mukmin tidak boleh mengadakan perjanjian damai dengan membelakangi orang mukmin lain dalam peperangan di jalan Allah kecuali dengan cara yang saksama dan adil di kalangan mereka. 
  11. Orang-orang mukmin hendaklah saling mempertahankan antara satu sama lain akibat yang menimpa darah-darah mereka di jalan Allah. 
  12. Orang musyrik tidak boleh melindungi harta benda dan jiwa orang Quraisy dan tidak boleh mempertahankan orang Quraisy terhadap orang mukmin. 
  13. Sesiapa yang membunuh orang mukmin dengan cukup buktinya maka ia hendaklah dihukum balas kecuali jika wali yang terbunuh memaafkannya. 
  14. Semua orang mukmin berkewajipan menghukum pembunuh itu dan tidak halal kepada mereka melainkan melaksanakan terhadapnya. 
  15. Tidak halal bagi seorang mukmin menolong seorang pelaku kejahatan atau melindunginya. Barang siapa yang menolong atau melindunginya maka ia ditimpa laknat Allah dan kemurkaannya pada hari akhirat serta tidak ambil kira amalannya yang fardu atau sunat. 
  16. Bahawa sebarang perkara yang timbul perselisihan di kalangan kamu maka hendaklah dirujuk kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w 

Author: Fairuz Ayu
•09:51
     Setelah Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah serta meyakini keadaan masyarakat Islam yang kukuh melalui penyatuan akidah, politik dan peraturannya, baginda mula memikirkan untuk mengatur hubungan dengan orang bukan Islam. Matlamat utama baginda melakukan perkara tersebut adalah untuk memperolehi keamanan dan kedamaian yang menyeluruh serta kebahagiaan bagi manusia keseluruhannya.

     Di samping itu juga, baginda dapat mengatur rantau tersebut berada dalam keadaan satu haluan. Oleh yang demikian, baginda mula merintits polisi bertolak ansur dan bertimbang rasa sepertimana yang pernah dikecapi oleh dunia ketika itu yang diselubungi dengan kefanatikan dan penindasan.

     Bangsa bukan Islam yang paling hampir dengan Madinah ialah orang-orang Yahudi. Walaupun mereka menyembunyikan permusuhan terhadap orang-orang Islam, namun mereka belum menzahirkan sebarang penentangan atau permusuhan. Lantaran itu, Rasulullah telah mengadakan perjanjian dengan mereka yang memberikan kepada mereka kebebasan mutlak dalam soal agama dan harta benda. Baginda tidak mengambil polisis pengusiran dan permusuhan.

     Perjanjian yang dimeteraikan ini termasuk dalam perjanjian yang dilakukan antara umat Islam seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Antara butir-butir terpenting dalam perjanjian tersebut termasuklah:


Butir-Butir Perjanjian

1. Orang-orang Yahudi Bani ‘Awf adalah satu umat bersama orang-orang mukmin. Orang Yahudi dan orang Islam berhak mengamalkan agama mereka termsauklah pengikut-pengikut dan diri mereka. Begitu juga dengan orang-orang Yahudi selain Bani ‘Awf.

2. Orang Yahudi dan orang Islam berkewajipan membiayai sendiri nafkah mereka.

3. Antara mereka hendaklah saling tolong-menolong menentang orang yang memerangi piagam ini.

4. Antara mereka hendaklah saling nasihat-menasihati, berbuat kebajikan dan tidak melakukan perkara salah.

5. Seseorang tidak boleh membuat kesalahan terhadap sekutunya.

6. Pertolongan hendaklah diberikan kepada orang yang dizalimi.

7. Dalam keadaan suasana peperangan orang-orang Yahudi dan orang-orang mukmin hendaklah sama-sama saling membiayai.

8. Dengan piagam ini, Yathrib menjadi tanah yang dihormati.

9. Sebarang masalah atau pertikaian yang dibimbangi membawa kerosakan dalam kalangan mereka yang memeterai piagam ini hendaklah dirujuk kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

10. Orang-orang Quraish tidak boleh dilindungi dan begitu juga orang-orang yang membantu mereka.

11. Mereka yang terlibat dengan piagam ini hendaklah tolong-menolong menentang orang yang hendak menghancurkan Yathrib…bagi setiap orang mempunyai hak masing-masing dari pihaknya sendiri.

12. Perjanjian ini tidak boleh dilanggar melainkan orang yang zalim atau berdosa.


     Dengan termeterainya perjanjian ini, Madinah dan kawasan-kawasan pinggirannya telah menjadi negara yang disahkan. Ibu kotanya ialah Madinah dan presidennya (jika boleh digunakan ungkapan ini) ialah Rasulullah. Perintah baginda mesti dilaksanakan. Baginda juga berperanan sebagai sultan dalam kalangan umat Islam. Berdasarkan piagam itu juga, maka Madinah telah menjadi ibu kota sebenar negara Islam.

     Untuk memperluaskan lagi keamanan serantau, Nabi mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah lain pada masa hadapan seperti mane perjanjian ini mengikut kesesuaian suasana.
Author: Fairuz Ayu
•03:42
     Berhubung dengan Perjanjian Hudaibiah, Ibnu Hisyam melaporkan daripada Ibnu Ishaq daripada Al-Zuhri, “ Belum berlaku futuh dalam Islam sebelum Hudaibiah ini Futuh yang lebih besar daripadanya”. 

     Pada akhir tahun keenam Hijrah, telah berlaku satu peristiwa besar kepada umat Islam iaitu peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Sesungguhnya peristiwa ini merupakan kunci dan permulaan kepada pembukaan Mekah dan kemenangan umat Islam di Semenanjung Arab. Ianya dimulai dengan pengakuan terhadap hak orang Islam untuk menunaikan ibadah mereka di Masjidil Haram yang sebelum itu orang-orang Musyrikin menghalang mereka berbuat demikian sejak enam tahun lamanya. 
            
     Rasulullah telah bermimpi semasa Baginda berada di Madinah. Dalam mimpinya, Baginda melihat dia dapat masuk bersama para sahabat ke Masjidil Haram dan mengambil kunci Ka’bah, lalu bertawaf dan berumrah. Manakala, sebahagian mereka pula mencukur rambut dan sebahagian yang lain mengguntingnya. Lantas, mimpi tersebut diceritakan kepada para sahabat Baginda. Alangkah gembiranya mereka mendapat khabar tersebut dan mereka pun mengira akan dapat masuk ke Mekah pada tahun itu. Kemudiannya, pada bulan Zulkaedah, Muhammad membuat pengumuman kepada semua umat Islam bahawa baginda mahu mengerjakan umrah ke Mekah. Sesiapa yang mahu mengikuti baginda, bolehlah bersiap sedia. 


Ajakan Untuk Orang Islam 

     Namun begitu, hanya beberapa orang sahaja yang sedia mengikut Muhammad iaitu golongan Ansar dan Muhajirin serta beberapa orang dari suku lain secara peribadi telah menyertai Rasulullah untuk ke Mekah. Seramai 1 400 orang lelaki keluar dengan Muhammad bagi mengerjakan ibadah umrah. Mereka membawa binatang ternakan untuk korban, binatang yang tidak ditunggang dan tujuh puluh ekor unta. Baginda membersihkan pakaiannya dan menunggang untanya yang bernama al-Qaswa. Selain itu, Baginda juga telah melantik Ibn Ummi Makhtum untuk memangkunya di Madinah atau Numaylah al-Laythi. Baginda keluar dari Madinah pada hari Isnin tanggal 1 Zulkaedah tahun 6 Hijrah. Baginda turut membawa bersamanya isteri yang dikasihi, Ummu Salamah. Untuk ke sana, Baginda tidak membawa kelengkapan senjata kecuali senjata yang biasa yang biasa dibawa oleh orang yang bermusafir sahaja iaitu pedang-pedang yang dimasukkan ke dalam sarungnya. 

Orang Islam Bergerak ke Mekah 

     Bergeraklah Baginda menuju ke Mekah. Apabila sampai di Dzul Hulayfah, baginda memasang gelang dan penanda pada binatang-binatang korban, seraya berihram untuk umrah. Tujuannya adalah supaya manusia tidak memeranginya. Baginda mengutuskannya di hadapannya seorang perisik dari Bani Khuza’ah yang melaporkan tentang Quraish. Apabila baginda menghampiri ‘Usfan, datanglah perisiknya seraya berkata: “Semasa saya datang tadi Ka’ab bin Lu’ay telah mengumpulkan Ahabish (yang bersekutu di Bukit Habash) dengan perkumpulan yang ramai untuk memerangi kamu dan menghalang kamu daripada sampai ke Baitullah. 

     Nabi SAW meminta pandangan para sahabatnya, dengan katanya: “Apa pandanganmu kalaui kita tawan wanita dan anak pinak mereka yang bersekongkol membantu Quraish? Kalaupun mereka duduk tidak melawan bererti mereka duduk mengharapkan pembelaan (yakni apabila sekutu Ahabish menyedari kaum mereka diserang maka mereka akan meninggalkan Quraish dan kembali untuk menuntut bela ke atas kaum mereka), dan kalaupun mereka terlepas maka tinggallah Quraish yang bersendirian menyabung nyawanya. Atau adakah kamu berpendapat kita teruskan sahaja perjalanan ke Baitullah, dan kalau ada sesiapa yang menghalang kita, maka kita peranginya?” Abu Bakar menjawab: “Allah dan Rasu;-Nya yang lebih mengetahui, tetapi kita ini datang untuk berumrah, bukannya untuk berperang, justeru, kalau sesiapa yang menghalang kita untuk sampai ke Baitullah, maka kita akan memeranginya”. Kemudian Nabi SAW mengeluarkan arahan: “Ayuhlah berangkat”, lalu mereka pun meneruskan perjalanan. 

Percubaan Quraish Menghalang Orang Islam Sampai Ke Baitullah 

     Apabila orang-orang Quraisy mendengar berita keluarnya Nabi SAW, mereka pun bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menghalang orang-orang Islam daripada sampai ke Baitullah dengan apa jua cara sekalipun. Setelah Rasulullah SAW berpaling daripada menghadapi tentera Ahabish itu, seorang lelaki dari Bani Ka’ab membawa berita kepadanya bahawa orang Quraish sedang menantu di Dhi Tuwa dan dua ratus orang berkuda yang diketua oleh Khalid al-Walid sedang bersiap sedia di Kura al-Ghamimdi jalan utama untuk sampai ke Mekah. Khalid berusaha untuk menghalang orang-orang Islam lalu dia menghadapkan pahlawan-pahlawan berkudanya sehingga kedua-dua pasukan saling dapat melihat antara satu sama lain. Semasa umat Islam sedang menunaikan solat Zohor, rukuk dan sujud, maka Khalid melihat perlakuan iti lalu dia berkata: “Mereka sedang dalam keadaan alpa, kalau kita serang mereka nescaya kita pasti menang”. Kemudian dia pun membuat keputusan akan menyerang umat Islam apabila mereka bersembanhyang Asar nanti. Akan tetapi selepas itu Allah menurunkan wahyu-Nya mensyariatkan sembahyang Khawf, maka terlepaslah peluang Khalid untuk menyerang mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. 

Mengubah Arah Jalan Dan Usaha Mengelak Pertempuran Berdarah 

     Rasulullah SAW memilih jalan yang agak sukar di antara lorong-lorong di bukit. Baginda membawa mereka mengikut sebelah kanan di antara laluan al-Hims iaitu jalan yang menuju ke Thaniyyah al-Mirar yang menurun ke Hudaybiyah dari bahgian bawah Mekah. Baginda meninggalkan jalan utama yang menuju ke Tanah Haram melalui Tana’im. Dibiarkannya jalan itu berada di sebelah kiri. Apabila Khalid melihat tentera Islam menukar laluan, dia pun segera beredar untuk memberi amaran kepada orang-orang Quraish. 

     Rasulullah SAW meneruskan perjalannya sehingga apabila sampai ke Thaniyyah al-Mirar, untanya tiba-tiba menderum tidak mahu berjalan. Lalu orang ramai pun berkata: Hal, hal (arahan untuk unta yang enggan bergerak), tetapi unta itu tetap enggan bergerak. Mereka pun berkata: “Al-Qaswa enggan berjalan, al-Qaswa enggan berjalan”. Nabi SAW bersabda: “Bukannya al-Qaswa’ sengaja engan berjalan, itu bukan perangainya, tetapi ia tertahan sebagaimana tertahannya gajah yang menyerang Ka’bah”. Kemudian baginda berkata: “Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, kalau mereka meminta kepadaku satu rancangan demi untuk membesarkan Tanah Haram ini nescaya aku sanggup menunaikannya”. Kemudian baginda mengerah al-Qaswa’ sehingga ia bangun. Kemudian baginda menukar arah perjalanan sehingga sampai di hujung al-Hudaybiyyah dekat sebuah genengan air yang sedikit lalu mereka pun berebut-rebut mendapatkan air tersebut. Sebentar sahaja air itu sudah kering. Maka mereka mengadu kepada Rasulullah SAW kehausan. Beginda mencabut sebilah anak panah dari sarungnya kemudian menyuruh mereka meletakkan anak panah itu ke tempat genangan air tadi. Demi Allah, air itu sentiasa mencukupi bagi mereka membasahkan tekak sehingga puas. 

Budayl Menjadi Orang Tengah Antara Rasulullah SAW dan Quraish 

     Setelah Rasulullah SAW merasa tenang, datanglah Budayl bin Waraqa’ al-Khuza’iy dengan sekumpulan orang Khuza’ah yang mendiami Tihamah adalah golongan yang biasa memberi nasihat kepada Rasulullah. Budayl berkata: “Tadi aku tinggalkan Ka’ab bin Lu’ay telah sampai ke beberapa mata air Hudaybiyyah membawa bersama mereka unta yang mempunyai susu dan unta-unta yang membawa anak-anaknya (untuk menunjukkan mereka benar-benar membawa kelengkapan yang diperlukan termasuk keperluan makanan untuk tujuan peperangan ini). Tujuan mereka adalah untuk memerangi dan menghalang kamu dari Baitullah. Rasulullah SAW menjawab: “Kami datang bukannya hendak berperang, tetapi untuk melakukan umrah. Orang Quraish itu telah teruk dan susah oleh peperangan. Kalau mereka sanggup aku rela memberikan tempoh tertentu kepada mereka dan mereka hendaklah biarkan urusanku dengan orang lain. Dan kalau mereka mahu, mereka boleh lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh orang lain, kalau tidak bererti mereka hendak menunjukkan kekuatan. Kalau hanya perang yang mereka inginkan, maka demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, akanku perangi mereka demi urusanku ini sekalipun aku terkorban bersendirian atau sampai Allah melaksanakan ketetapan-Nya”. 

     Budayl berkata: “Akan aku sampaikan apa yang kamu katakan itu”. Kemudian dia pergi kepada orang Quraish itu lalu berkata: “ Aku datang kepadamu dari bertemu lelaki ini, dan aku telah mendengar kata-katanya. Kalau kamu mahu, aku ceritakan kepadamu”. Tetapi orang-orang bodoh Quraish berkata: ‘Kami tak perlu mendengar ceritamu tentangnya sedikitpun”. Sementara orang yang berfikiran dalam kalangan mereka berkata: “Ceritakan apa yang kamu dengar”. Katanya: “Aku mendengar dia menyebutkan begini da begini”. Kemudian orang Quraish mengutuskan Mikraz bin Hafs. Tatkala Rasulullah SAW melihat Mikraz, baginda berkata: “Ini orang yang suka berkhianat”. Setelah Mikraz sampai kepadanya dan bercakap dengannya, baginda menyampaikan sama seperti yang disampaikannya kepada Budayl dan teman-temannya. Kemudian dia kembali kepada orang Quraish dan memberitahu mereka. 

Uthman bin ‘Affan Menjadi Duta Bertemu Quraish 

     Tatkala itu Rasulullah bercadang untuk mengutuskan seorang duta untuk menegaskan kepada orang-orang Quraish pendirian dan tujuan kedatangannya. Dipanggilnya Umar bin al-Khattab untuk diutuskan kepada mereka, tetapi Umar menarik diri sambil berkata: “ Wahai Rasulullah, di Mekah tidak ada seorang pun dari Bani Ka’ab yang sanggup mempertahankan aku jika aku diganggu, maka utuslah Uthaman bin ‘Affan, kerana kaum kerabatnya ada di Mekah dan dia berupaya menyampaikan maksud tujuanmu”. Kemudian baginda memanggil Uthman dan mengutuskannya kepada orang-orang Quraish. Baginda berpesan: “Beritahu mereka, bahawa tujuan kita bukan mahu berperang, tetapi kita hanya mahu mengerjakan umrah dan ajaklah mereka kepada Islam”. Baginda menyuruhnya supaya mengunjungi beberapa orang lelaki dan wanita yang beriman di Mekah serta menyampaikan khabar gembira bahawa kemenangan sudah semakin hampir. Dipesannya juga supaya mereka diberitahu bahawa Allah akan menzahirkan agama-Nya di Mekah sehingga tidak ada seorang pun yang perlu menyembunyikan agamanya lagi. 

     Bertolaklah Uthman bin ‘Affan sehingga sampai di Baldah dan bertemu orang Quraish di situ. Mereka bertanya: “Ke mana kamu hendak pergi?” Dia menjawab: “Aku diutuskan oleh Rasulullah untuk tujuan ini dan itu”. Mereka berkata: “Kami pun telah mendengar apa yang kamu cakapkan, maka pergilah menjalankan tugasmu”. Aban bin Sa’ad bangun menyambutnya kemudian membawa datang kudanya lalu dibawanya Uthman menunggang kudanya. Dia memberikan perlindungan keselamatan serta membonceng dengan Uthman sehingga sampai ke Mekah. Di Mekah, Uthman menyampaikan pesanan itu kepada para pemimpin Quraish. Setelah selesai menyampaikan pesanan itu, mereka menawarkan kepada Uthman untuk bertawaf di Baitullah, tetapi dia menolak pelawaan tersebut kerana enggan bertawaf selagi Rasulullah belum melakukannya. 

Tersebarnya Berita Pembunuhan Uthman 

     Orang Quraish menahan Uthman di sisi mereka- mungkin kerana mereka hendak berbincang sesama mereka terlebih dahulu menangan situasi yang terdesak ini dan mendapatkan keputusan yang pasti, setelah itu barulah mereka sampaikan jawapannya kepada Uthman. Uthman tertahan di Mekah agak lama, sehingga tersebar berita di kalangan orang-orang Islam bahawa Uthman telah dibunuh. Apabila berita yang tersebar itu sampai ke pendengaran baginda, lantas Rasulullah SAW berkata: “Kita tidak akan tinggalkan tempat ini melainkan setelah kita menentang kaum itu”. Kemudian baginda memanggil para sahanatnya untuk berbai’ah, lalu berebut-rebut mereka datang kepadanya untuk menyatakan bai’ah bahawa mereka tidak akan melarikan diri. Ada satu kumpulan yang berbai’ah untuk sanggup mati. Orang pertama yang berbai’ah ialah Abu Sinan al-Asadi. Salamah bin al-Akwa’ berbai’ah untuk sannup mati sebanyak tiga kali, iatu semasa permulaan.\, di engah-tengah dan di akhir manusia bergilir-gilir untuk berbai’ah. Rasulullah SAW memegang tangannya sendiri sambil berkata: “Ini adalah bai’ah untuk Uthman”. Setelah semuanya selesai berbai;ah, tiba-tiba Uthman pun sampai, lalu dia pun turut sana berbai’ah. Tidak seorang pun yang ketinggalan daripada melakukan bai’ah melainkan seorang munafik yang bernama Jadd bin Qays. 

     Rasulullah SAW mengambil bai’ah ini di bawah sepohon pokok. Umar memagang tangan baginda, sementara Ma’qil bin Yasar memegang sebatang dahan pokok sambil mengangkatnya sebagai tanda bai’ah kepada Rasulullah SAW. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah al-Ridwan yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

“Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaybiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.” 

(Al-Fath: 18) 

Termeterainya Perjanjian Dan Butir-Butirnya 

     Orang Quraish sudah menyedari akan keadaan yang semakin genting. Lantaran itu, mereka segera mengutuskan Suhayl bin ‘Amru untuk mengadakan perjanjian. Mereka berpesan dengan tegas kepada Suhayl supaya isi kandungan perjanjian itu hendaklah meletakkan syarat bahawa baginda mesti pulang dahulu pada tahun itu agar orang-orang Arab tidak bercakap sesama mereka bahawa baginda berjaya masuk kepada mereka dengan kekerasan. Kemudian datanglah Suhayl bin ‘Amru. Dari jauh, apabila baginda melihat kedatangannya, baginda berkata: “Urusan kamu sudah menjadi mudah, mereka itu hendak berdamai tatkala mengutuskan lelaki ini”. Lalu Suhayl sampai dan bercakap panjang lebar. Kemudiannya, kedua belah pihak bersetuju terhadap beberapa syarat perdamaian seperti berikut: 

- Rasulullah hendaklah pulang pada tahun itu dan tidak boleh masuk ke Mekah. Pada tahun hadapan, orang-orang Islam boleh masuk ke Mekah dan menetap di situ selama tiga hari. Mereka hanya boleh membawa senjata orang berperjalanan sahaja iaitu pedang yang disarungkan, sementara pihak Quraish tidak boleh menghalang mereka dengan apa jua cara sekalipun. 

- Siapa yang suka masuk ke dalam perlindungan dan jaminan Muhammad, maka ia boleh berbuat demikian. Dan siapa yang mahu masuk dalam perlindungan Quraish dan jaminannya, maka ia boleh berbuat demikian. Mana-mana kabilah yang bergabung dengan salah satu pihak ini akan dianggap sebahgian daripada pihak tersebut. Oleh itu, sebarang persengketaan yang ditimbulkan oleh mana-mana kabilah ini dianggap persengketaan terhadap pihak tersebut. 

- Orang Quraish yang dating kepada Muhammad tanpa kebenaran walinya- iaitu melarikan diri kepada Muhammad- hendaklah dikembalikan kepada mereka. Orang yang bersama Muhammad jika dating kepada Quraish- iaitu melarikan diri daripada Muhammad- tidak akan dikembalikan. 

- Genjatan senjata dilaksanakan antara dua pihak selama 10 tahun. Dalam tempoh itu, manusia berada dalam keadaan aman dan hendaklah sebahagian mereka menghalang sebahagian yang lain daripada menimbulkan kekacauan. 


     Kemudian baginda memanggil Ali untuk menulis perjanjian itu. Ali pun menulis di bahagian atas perjanjian dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”. Lantas Suhayl berkata: “Demi Allah, kami tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “al-Rahman”? Tuliskan sahaja: “Bismikallahumma”. Nabi pun menyuruh Ali menulis seperti yang dipinta. Kemudian Ali menulis: “Inilah perjanjian yang dibuat oleh Muhammad Rasulullah”, lantas Suhayl berkata: “Kalau kami yakin bahawa kamu adalah Muhammad, tentulah kami tidak menghalang kamu datang ke Baitullah dan kami tidak memerangi kamu. Tulislah Muhammad bin Abdullah dan memadam perkataan Rasulullah. Tetapi Ali enggan memadam perkataan itu, lantas Nabi Muhammad SAW sendiri yang memadam dengan tangannya. Setelah itu, ditulislah butir-butirnya sehingga selesai penulisan perjanjian itu. Setelah perjanjian itu selesai, Bani Khuza’ah bersetuju untuk berada di bawah jaminan dan perlindungan Rasulullah kerana mereka adalah sekutu Bani Hashim sejak zaman ‘Abd Muttalib. Justeru, masuknya mereka dalam perjanjian ini adalah sebagai menegaskan lagi hubungan sekutu silam. Sementara itu, Bani Bakar bersetuju untuk berada di bawah jaminan dan perlindungan Quraish. 

Pengembalian Abu Jandal 

     Sebelum itu, ketika surat perjanjian sedang ditulis, tiba-tiba Abu Jandal bin Suhayl datang berjalan perlahan-lahan dalam keadaan yang terikat. Dia keluar dari Mekah sehingga merebahkan badannya di hadapan orang-oranng Islam. Kemudian Suhayl (bapanya) berkata: “Inilah orang pertama yang aku tuntut supaya kamu kembalikan kepadaku”. Lalu Nabi SAW menjawab: “Kita belum habis lagi menulis perjanjian ini”. Jawab Suhayl: “ Kalau begitu aku tidak akan membuat perjanjian denganmu selama-lamanya”. Nabi SAW memujuknya: “Serahkanlah dia kepadaku”. Suhayl menjawab. “Aku tidak akan serahkan kepadamu”. “Bolehlah, serahkan saja”. Desak Nabi lagi. :Aki tidak akan serahkan”. Jawabnya. Sebelum itu Suhayl telah menempelang Abu Jundal dan mencekak anak tengkuk bajunya sambil menariknya untuk dibawa kembali kepada orang-orang Quraish. Abu Jandal berteriak dengan nada yang tinggi: “Hai sekalian orang Islam, apakah aku akan dikembalikan kepada orang-orang Musyrikin supaya mereka dapat mendatangkan fitnah terhadap agamaku?” Lantas Rasulullah SAW menjawab: “Hai Abu Jandal, bersabarlah, sesungguhnya Allah akan menjadikan untukmu dan orang-orang yang lemah jalan keluar dan kelepasan. Kami telah pun memeteraikan perjanjian dengan mereka dan kami telah bersetuju syarat-syaratnya dan mereka juga telah bersetuju memberikan perjanjian Allah kepada kami. Kerana itu, kami tidak boleh berkhianat dengan perjanjian ini”. 

     Umar bin al-Khattab melompat ke arah Abu Jandal, kemudian berjalan beriringan dengannya sambil berkata: “Sabarlah, hai Abu Jandal, mereka itu orang-orang Musyrikin, darah mereka tidak ubah seperti darah anjing”. Kemudian didekatkan pedangnya kepada Abu Jandal. Umar menceritakan: “Aku berharap dengan cara itu Abu Jandal akan mengambil pedangku lalu memukul bapanya”. Tetapi Abu Jandal tidak melarikan diri dan mengikut bapanya, sehingga terlaksanalah perjanjian itu. 

Menyembelih Dan Bercukur Untuk Menamatkan Ihram 

     Setelah Rasulullah SAW selesai mengadakan perjanjian itu, baginda berkata: “Bangunlah kamu semua dan sembelihlah korban”. Namun, tidak seorangpun dalam kalangan mereka yang berbuat demikian, sehingga baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Oleh kerana tidak ada seorang pun yang bangun, baginda bangun dan masuk berjumpa isterinya, Ummu Salamah. Diceritakan kepada isterinya reaksi manusia terhadap perintahnya. Ummu Salamah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sukakah ksmu membiarkan perkara itu terjadi? Keluarlah kamu dan jangan bercakap dengan sesiapa melainkan setelah kamu menyembelih untamu, kemudian panggillah tukang cukurmu untuk mencukur rambutmu”. Nabi pun keluar tidak bercakap dengan sesiapa, sehingga disembelihnya unta dan dipanggilnya tukang cukur untuk mencukur rambutnya. Apabila orang lain lemihat tindakan baginda, lantas mereka pun bangun dan menyembelih. Sebahagian mereka mencukur sebahagian yang lain, sehingga hampir-hampir mereka bergaduh kerana terjadi kekeliruan. Mereka menyembelih seekor unta atau lembu untuk tujuh orang. Rasulullah SAW menyembelih seekor unta yang dahulunya adalah kepunyaan Abu Jahal. Di hidung unta terdapat sebutir emas. Tujuannya supaya orang-orang Musyrikin akan marah. Rasulullah SAW berdoa untuk orang yang bercukur sebanyak tiga kali, dan untuk orang yang memotong rambut sebanyak sekali. Dalam perjalanan inilah Allah menurunkan wahyu-Nya yang menyentuh tentang bayaran fidyah bagi orang yang tidak dapat mencukur kepalanya akibat sakit iaitu dengan berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam, sepertimana yang terjadi kepada Ka’ab bin ‘Ujrah. 

Keengganan Mengembalikan Wanita-Wanita Muhajirin 

     Setelah itu datanglah beberapa orang wanita Mukminah yang mana wali-wali mereka telah meminta mereka supaya dikembalikan kepada mereka mengikut perjanjian yang telah dipersetujui di Hudaybiyyah, tetapi baginda menolak tuntutan mereka. Alasannya ialah kerana perkataan yang tertulis dalam perjanjian itu berkaitan perkara ini ialah: “Dengan syarat janganlah ada seorang lelaki pun dari kalangan kami yang datang kepadamu sekalipun dia mengikut agamamu melainkan kamu hendaklah mengembalikannya kepada kami”. Butiran ini ternyata tidak termasuk golongan wanita sama sekali. Kemudian Allah menurunkan firman-Nya: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka Allah lebih mengetahui akan iman mereka dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada `aqad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan minta lah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

     Kemudian Rasulullah SAW menguji wanita itu berdasarkan suruhan Allah melalui firman-Nya: 

“Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. 

(Al-Mumtahanah: 12) 

Justeru mana-mana wanita Mukminah yang bersetuju dengan syarat ini, maka baginda akan berkata kepadanya: “Aku terima bai’ahmu”. Kemudian baginda tidak memulangkan mereka kepada orang-orang Quraish. 

     Maka, dengan turunnya hukum yang diputuskan oleh Allah ini, orang-orang Islam pun menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir. Umar bin al-Khattab pada masa itu mempunyai dua orang isteri yang masih syirik, lantas dia pun menceraikannya. Salah seorang isterinya itu kemudian dikahwini oleh Mu’awiyah dan yang satu lagi dikahwini oleh Safwan bin Umayyah. 

Hikmah Di Sebalik Butir-Butir Perjanjian 

     Perjanjian ini ialah genjatan senjata Hudaybiyyah. Sesiapa yang menyelidiki secara mendalam butir-butir perjanjian ini berserta latar belakangnya, tidak akan meragui bahawa ianya adalah satu kemenangan besar kepada orang-orang Islam. Ini kerana orang-orang Quraish sebelum itu tidak mengiktiraf apa-apa sekalipun terhadap orang Islam. Malah mereka bercita-cita menghapuskan umat Islam sehingga ke akar umbinya. Mereka menanti kesempatan terbaik untuk melihat berakhirnya riwayat umat Islam. Mereka menggunakan segala daya upaya dan kekuatannya untuk menghalang dakwah Islam sampai kepada manusia, dengan menggunakan kelayakannya sebagai pemimpin agama dan penguasa hal-hal keduniaan di Semenanjung Tanah Arab. Justeru, dengan kesanggupan mereka mengadakan perjanjian itu bererti mereka mengiktiraf kekuatan umat Islam dan orang-orang Quraish tidak lagi berupaya untuk menentang mereka. Fasal ketiga dalam perjanjian membuktikan bahawa orang-orang Quraish sudah terlupa kedudukan mereka sebagai penguasa hal-hal keduniaan dan kepimpinan agama. Yang mereka fikirkan sekarang ialah diri mereka sahaja, sementara orang lain dan mereka yang berada di Semenanjung Tanah Arab kalau mereka masuk Islam semuanya, maka ia tidak lagi dipedulikan oleh orang-orang Quraish. Mereka tidak akan masuk campur dengan apa jua sekalipun. Bukankah ini bererti satu kegagalan besar kepada orang-orang Quraish? Bukankah ianya satu kemenangan yang nyata kepada orang-orang Islam? Peperangan berdarah yang terjadi antara orang-orang Islam dan seteru-seterunya bukanlah bertujuan- bagi orang Islam- untuk mengaut harta benda, menghapuskan nyawa, membinasakan manusia atau memaksa musuh memeluk Islam. Tetapi objektif tunggalnya adalah untuk mendapatkan kebebasan mutlak bagi manusia memilih akidah dan agamanya. Justeru, sesiapa yang memilih akidah dan agamanya. Justeru, siapa yang mahu dia boleh beriman dan siapa yang mahu dia boleh kafir. Tidak ada mana-mana kekuatan yang boleh menghalang apa yang mereka mahu. Objektif ini berjaya dicapai dengan semua sarana dan keperluannya dan dengan cara yang tidak mungkin dapat diperolehi sepertinya melalui peperangan, di samping itu mereka mendapat pula kemenangan yang nyata. Dengan kebebasan yang diperolehi ini, orang-orang Islam mendapat kejayaan besar untuk berdakwah. Sebelum perjanjian ini, bilangan umat Islam tidak melebihi tiga ribu orang, tetapi dua tahun perjanjian ini bilangan tentera Islam sahaja yang menakluk Mekah ialah seramai sepuluh ribu orang. 

     Fasal kedua dalam perjanjian ini juga merupakan satu lagi faktor umat Islam mendapat kemenangan yang nyata. Ini kerana bukan orang Islam dahulu yang memulakan peperangan, tetapi ia dimulakan oleh orang-orang Quraish, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu?” – at-Taubah, 13-.. Tujuan orang-orang Islam mengadakn rondaan ketenteraan tidak lain ialah untuk menyentak dan menyedarkan orang-orang Quraish daripada keburukan dan gangguan mereka dari jalan Allah. Justeru, ia adalah satu tindakan yang sepadan dengan perbuatan mereka. Setiap kumpulan memainkan peranan mengikut seperti yang dilakukab oleh kumpulan lain. Justeru, perjanjian genhatan senjata selama sepuluh tahun dapat menghentikan keburukan dan gangguan ini. Ianya adalah dalil gagalnya orang yang memulakan peperangan serta kelemahan dan kemusnahannya. 

     Fasal pertama perjanjian ini dapat menghentikan halangan Quraish terhadap mereka yang hendak ke Masjidil Haram. Ia juga bererti satu kegagalan kepada orang Quraish. Kalau adapun yang dapat menyenangkan hati Quraish dalam perjanjian ini hanyalah kejayaan mereka menghalang umat Islam masuk ke Mekah pada tahun itu sahaja. 

     Melalui tiga fasal ini, Quraish telah memberikan keuntungan kepada pihak orang Islam, berbanding satu keuntungan sahaja kepada mereka, iaitu yang terdapat pada fasal empat. Tetapi keuntungan itu tidak bererti apa-apa. Kerana tidak ada apa-apa yang dapat memudaratkan orang Islam. Seperti yang diketahui selagi seseorang itu menganut Islam, dia tidak akan lari daripada agama Allah dan Rasul-Nya, serta ridak lari dari kota Islam. Dia tidak akan lari melainkan jika dia telah murtad daripada Islam zahir atau batin. Oleh itu, kalau dia telah murtad, maka orang-orang Islam pun tidak memerlukannya lagi. Terkeluarnya ia dari komuniti Islam lebih baik dari terus kekal di dalamnya. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya: “Barangsiapa yang pergi kepada mereka dari kalangan kami, maka Allah akan menjauhkannya”. Adapun orang Mekah yang masuk Islam, walaupun tidak mempunyai peluang untuk melarikan diri ke Madinah, akan tetapi bumi Allah luas. Bukankah Habsyah itu luas untuk orang-orang Islam, ketika penduduk Madinah belum mengetahui sedikitpun tentang Islam? Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan sabdanya: “Barang siapa yang datang kepada kami dari kalangan mereka, maka Allah akan memberikan kelepasan dan jalan keluar kepadanya”. 

     Mengambil langkah sebegini, walaupun pada zahirnya menampakkan pihak Quraish memperolehi keuntungan, tetapi pada hakikatnya ia menggambarkan tentang kegelisahan Quraish yang amat sangat serte kekecewaan mereka. Ia juga menggambarkan ketakutan terhadap suasana keberhalaan mereka. Bagaikan mereka telah pun merasai bahwa tradisi mereka pada hari ini telah pun berada di tepi jurang yang akan runtuh. Oleh yang demikian, mereka telah mengambil langkah ini. Persetujuan Nabi SAW untuk tidak meminta kembali orang-orang Islam yang lari kepada Quraish tidak lain hanya menunjukkan dalil bahawa baginda berpegang teguh untuk mengukuhkan suasana dan kekuatannya dengan keimanan yang betul-betul mantap. Lantaran itu, mereka tidak hirau akan syarat sebegini. 

Orang Islam Berdukacita Dan Soal Jawab Umar Dengan Nabi SAW 

      Inilah sebenarnya hakikat yang tersembunyi di sebalik fasal-fasal perjanjian itu. Namun begitu, di sana terdapat dua fenomena yang menyebabkan keseluruhan orang-orang Islam mengalami dukacita dan kegelisahan. 

     Pertama: Baginda SAW telah memberitahu mereka bahawa mereka akan datang ke Baitullah dan dapat bertawaf. Justeru, mengapa pula baginda pulang tanpa melakukan tawaf? 

     Kedua: Rasulullah SAW berada di pihak yang benar dan Allah akan menzahirkan agama-Nya. Justeru, mengapa baginda menerima desakan Quraish dan menerima kerendahan dalam perjanjian itu? 

     Inilah dua gambaran yang menimbulkan kesangsian dan syak wasangka serta keraguan dalam kalangan mereka. Kerana sebab itulah perasaan orang-orang Islam terluka, sehinggakan setelah selesai perjanjian itu kesedihan mereka lebih menguasai akal fikiran. Boleh jadi yang paling berduka cita ialah Umar bin al-Khattab. Dia datang kepada Nabi seraya berkata: “Wahai Rasulullah, bukankah kita di atas agama yang benar dan mereka dalam kebatilan?” Baginda menjawab: “Memang benar”. Tanyanya lagi: “Bukankah orang kita yang terbunuh berada dalam syurga dan orang mereka berada dalam neraka?” “Memang benar”. Jawab baginda. 

    Tanya lagi: “Justeru mengapa kita serahkan kerendahan dalam agama kita dan kita berpatah balik, sedangkan Allah belum memutuskan keputusan antara kita dan mereka?” Baginda menjawab: “Hai putera al-Khattab, aku ini Rasulullah dan aku tidak akan menderhakai Allah, Dialah pembantuku dan Dia tidak akan mensia-siakan aku sekali-kali”. Umar bertanya lagi: “Bukankah engkau memberitahu kami bahawa kita akan datang ke rumah Allah dan dapat melakukan tawaf?” Baginda menjawab, “Bahkan, tetapi adakah aku memberitahumu bahawa kita akan datang pada tahun ini?” Umar menjawab: “Tidak.” Baginda berkata: “Memang engkau pasti akan datang ke rumah Allah dan dapat melakukan tawaf”. 

     Kemudian Umar beredar sambil menahan marah. Dia pergi kepada Abu Bakar dan berkata seperti yang dikatakannya kepada Rasulullah SAW. Abu Bakar menjawab kepadanya sebagaiman yang dijwab oleh Rasulullah SAW, di samping itu Abu Bakar menambah lagi dengan katanya: “Berpegang teguhlah dengan keputusan baginda sehingga engkau mati. Demi Allah dia berada di atas kebenaran”. Kemudian turunlah firman Allah yang berbunyi:  

“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata”. 

(Al-Fath: 1) 

     Kemudiannya Rasulullah SAW mwngutuskan seseorang untuk membacakan ayat ini kepada Umar. Setelah mendengarnya, Umar berkata: “Wahai Rasulullah, adakah ini kemenangan?” Baginda menjawab: “Ya”. Barulah Umar berpuas hati dan kembali. 

Setelah itu, Umar berasa menyesal atas keterlanjurannya dengan sesalan yang amat sangat. Umar menceritakan: “Disebabkan perbuatanku itu maka aku telah membuat beberapa amalan. Aku bersedekah, berpuasa, bersolat dan membebaskan hamba seperti yang aku lakukan pada hari ini, kerana bimbang akan kata-kataku itu, sehingga aku mengharapkan agar amalanku ini diterima sebagai satu kebaikan”. 

Terungkainya Kemelut Orang Islam Yang Lemah 

     Setelah Rasulullah SAW kembali ke Madinah dan berada di sana, seorang lelaki Muslim yang diseksa di  Mekah berjaya memboloskan diri. Belaiu ialah Abu Basir, seorang yang berasal dari Bani Thaqif yang menjadi sekutu Quraish. Orang-orang Quraish menghantar dua orang utusan untuk mencarinya. Kedua-dua utusan itu bertemu Nabi SAW dan menuntut dilaksanakan perjanjian antara mereka. Lantas Nabi menyerahkan Abu Basir kepada dua orang lelaki itu. Kemudian mereka berdua keluar membawa Abu Basir sehingga sampai ke Dzul Hulayfah. Di situ mereka singgah untuk makan buah kurma yang mereka bawa. Abu Basir mengambil kesempatan itu dengan bertanya kepada salah seorangnya: “Demi Allah, aku melihat pedangmu ini sungguh cantik hai si fulan”. Lalu seorang lagi menghunuskan pedangnya, lantas berkata: “Memanglah, demi Allah pedang ini memang cantik, aku dah beberapa kali menggunakannya”. Lantas Abu Basir berkata: “Bolehkah aku melihatnya”. Lelaki itu pun menyerahkan pedangnya kepada Abu Basir dan dengan pantas Abu Basir melibaskan pedang itu sehingga lelaki itu mati. Melihatkan kejadian itu, lelaki yang seorang lagi melarikan dirinya ke Madinah. Dari jauh Rasulullah SAW melihat lelaki itu datang seraya berkata: “Kelihatannya orang ini dalam ketakutan”. Setelah lelaki itu sampai kepada Rasulullah SAW dia pun berkata: “Dia telah membunuh temanku, dan aku pula hampir-hampir terbunuh:. Kemudian Abu Basir pun sampai dan berkata: “Wahai Nabi Allah, demi Allah, Allah telah melaksanakan perjanjianmu. Engkau telah pun mengembalikan aku kepada mereka, kemudian Allah menyelamatkan aku daripada mereka”. Rasulullah SAW bersabda: “Celaka ibunya, dia boleh menyalakan api peperangan jikalau ada seorang lagi bersamanya”. Apabila mendengar kata-kata baginda itu, tahulah dia bahawa baginda akan menyerahkannya semuala kepada mereka, lalu dia pun lari keluar sehingga sampai ke tepi pantai dan tinggal di sana. Setelah itu, Abu Jandal pula berjaya melepaskan dirinya daripada cengkaman Quraish lalu keluar bergabung dengan Abu Basir. Akhirnya setiap kali ada orang Quraish yang masuk Islam yang terlepas keluar, maka mereka akan menuju ke tempat Abu Basir dan bergabung dengannya sehingga mereka berjaya membentuk satu pasukan. Setiap kali mereka mendengar ada rombongan dagang Quraish yang menuju ke Syam, maka mereka akan menghalangnya, membunuh dan merampas harta benda mereka. Lantaran itu, orang-orang Quraish menghantar surat kepada Nabi SAW meminta dengan penuh harapan bahawa barang siapa yang datang kepada Muhammad, maka ia selamat. Justeru, Nabi Muhammad SAW mengutuskan utusan kepada kumpulan Abu Basir. Akhirnya mereka pun berjaya datang ke Madinah. 

Jaguh-Jaguh Quraish Masuk Islam 

     Pada awal tahun 7 Hijrah selepas genjatan senjata ini, ‘Amru bin al-‘As, Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah memeluk Islam. Tatkala mereka datang kepada Nabi SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya Mekah telah mencampakkan kepada kita kepingan jantung hatinya”.
Author: Fairuz Ayu
•03:32
     Dalam tempoh sepanjang empat minggu atau kurang daripada itu berlaku empat peristiwa besar terhadap orang-orang Musyrikin, iaitu: 
  •  Keislaman Hamzah
  •  Keislaman Umar 
  •  Penolakan Nabi Muhammad SAW untuk tawar menawar dengan mereka 
  •  Kesepakatan Bani al-Muttalib dan Bani Hashim termasuk yang Muslim dan yang kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW dan mempertahankannya 
     Orang-orang musyrikin menjadi kebingungan dan sememangya memang mereka bingung. Hal ini kerana mereka tahu sekiranya mereka bertindak membunuh Nabi Muhammad SAW, maka lembah Mekah akan terjadinya pertumpahan darah, bahkan mungkin boleh menyebabkan diri mereka dibinasakan. Sesungguhnya mereka benar-benar mengetahui akan hal tersebut. Sehubungan dengan itu, mereka bertindak melakukan kezaliman dalam bentuk yang lain, bukannya dengan cara membunuh. Namun begitu, tindakan ini merupakan tindakan yang lebih keras lagi jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka lakukan. 


Perjanjian Zalim Dan Permusuhan 

     Di perkampungan Bani Kinanah di lembah al-Muhassab mereka berkumpul, lalu mengikat kerjasama untuk menghadapi Bani Hashim dan Bani al-Muttalib. Caranya adalah dengan memulaukan kedua-dua bani ini iaitu tidak boleh berkahwin dengan mereka, tidak boleh berurus niaga, tidak boleh duduk semeja dan bergaul serta tidak boleh menziarahi rumah mereka. Selain itu, mereka juga tidak boleh ditegur sapa sehinggalah mereka sanggup menyerahkan Rasulullah SAW untuk dibunuh. Mereka menulis dalam satu lembaran yang mengandungi beberapa butir perjanjian dan kesefahaman iaitu mereka tidak akan menerima perdamaian dengan Bani Hashim selama-lamanya. Mereka tidak akan menaruh sebarang belas kasihan sehinggalah Nabi Muhammad SAW diserahkan untuk dibunuh. Ibn al-Qayyim berkata: Dikatakan, perjanjian itu ditulis oleh Mansur bin ‘Ikrimah bin ‘Amir bin Hashim. Pada masa yang sama, ada yang mengatakan bahawa yang menulisnya ialah Nadr bin al-Harith. Namun, menurut fakta yang sebetulnya ianya telah ditulis oleh Baghid bin Amir bin Hashim, yang mana Rasulullah telah mendoakan kecelakaannya, lalu tangannya menjadi lumpuh. 

     Maka, sempurnalah sudah perjanjian tersebut. Setelah itu, ia digantungkan dalam Ka’abah. Bani Hashim dan Bani al-Muttalib sama ada yang mukmin atau kafir – kecuali Abu Lahab – menyisihkan diri dan berkurung di kampong Abu Talib, iaitu pada suatu malam bulan Muharram tahun ketujuh kenabian. 


Tiga Tahun Berada Di Kampung Abu Talib 

     Pengepungan dijalankan dengan begitu hebat sekali. Segala bekalan makanan dan bahan-bahan keperluan disekat. Orang-orang Musyrikin tidak membiarkan ada makanan yang masuk ke Mekah atau sebarang dagangan melainkan mereka segera membelinya, sehingga kehidupan di kampung Abu Talib menjadi sukar. Ada yang terpaksa makan daun-daun kayu dan kulit-kulit binatang. Di sebalik kampung tersebut kedengaran suara-suara wanita dan kanak-kanak merintih kelaparan. Tidak ada bekalan yang sampai kepada mereka melainkan secara sulit. Mereka tidak dapat keluar dari kampung tersebut untuk membeli barang keperluan melainkan pada bulan-bulan Haram. Mereka membeli barang yang dibawa oleh rombongan dagang ke Mekah dari luar Mekah. Akan tetapi, penduduk Mekah menambah harga barang tersebut sehingga mereka tidak berupaya untuk membelinya. 

     Hakim bin Hizam ada kalanya membawa gandum kepada ibu saudaranya, Khadijah RA. Ada sekali ianya disekat oleh Abu Jahal lalu Abu Jahal cuba menghalangnya. Tetapi, Abu al-Bakhtariy telah masuk campur dan menolongnya untuk membawa gandum tersebut kepada ibu saudaranya. 

     Abu Talib pula terlalu bimbang terhadap keselamatan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam keluar bertemu manusia serta menyeru mereka kepada agama Islam. Sebelum ini telah pun diceritakan perihal kelakuan Abu Jahal yang sering mengikut Nabi Muhammad SAW untuk mendustakan ajaran baginda. 


Pembatalan Perjanjian 

     Tiga tahun berlalu, namun keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah SAW berlaku perlanggaran dan pencerobohan ke atas piagam perjanjian musyrikin. Hal ini disebabkan dalam kalangan Quraisy sendiri, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan piagam itu. Malah, ada yang berusaha untuk mencerobohi dan melanggarar piagam berkenaan. 

     Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai. Beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Bani Hashim dengan membawa makanan. Selalunya beliau menemui Zuhair bin Abi Umaiyyah al-Makhzumi, sedang ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib. Pada suatu hari, beliau telah bercakap dengan Zuhair bin Abi Umaiyah katanya: “Wahai Zuhair! Kamu boleh rela hati untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: “Baiklah, apa aku boleh nuat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersamaku, dah lama ku langgar piagam itu. Kata Hisham: “Aku ada orang kedua? Tanya Zuhair “Siapa orangnya? Jawab Hisham: “Aku! Kata Zuhair: “Kita perlu orang ketiga”. 

     Dengan itu, beliau terus pergi menemui al-Mut’am bin ‘Adi lalu beliau menyebut kepada al-Mut’am mengenai anak cucu Bani Hashim dan Bani al-Muttalib. Kedua-duanya merupakan keturunan Abdul Manaf, dan beliau mengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan piagam zalim lagi menindas itu. Kata al-Mut’am: “Baiklah, apa aku nak buat, kan aku seorang diri sahaja. Kata Hashim: “Aku dah ketemu dengan orang yang kedua. Kata Mut’am: “Siapa?” Jawab Hashim: “Aku sendiri”. Kata al-Mut’am: “ Kita perlu orang ketiga. Kata Hashim: “Pun sudah aku ketemuinya”. Kata al-Mut’am: “Siapa orangya?” Jawab Hashim: “Zuhair bin Abi Umaiyah”. Kata Mut’am: “Kita perlukan orang keempat”. Kali ini Hisham pergi menenui Abi al-Bukhturi bin Hisham, beliau menyuarakan pendapatnya seperti yang dikemukakan kepada al-Mut’am. Kata Mut’am: “Ada tak orang lain yang boleh membantu usaha kita ini?” Jawab Hashim: “Tanya al-Bukhturi; Siapa-siapa, mereka itu, jawab Hisham: “Zuhair bin Abi Umaiyah, al-Mut’am bin Adi dan aku tetap bersama kamu, kata al-Bukhturi: “Aku orang yang kelima”. 

     Hisham berkejar ke rumah Zama’ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad. Beliau mengemukakan cadangannya itu kepada Zum’ah: Ada tak orang lain yang meyetujui perkara ini? Kata Hisyam: “Memanglah ada orangnya, kemudian belaiu membilang dengan dengan menyebut nama-nama mereka. Selepas itu, mereka bermesyuarat pula di al-Hujun di mana tempat mereka berjanji untuk memecah dan melanggar piagam yang zalim itu. Kata Zuhair: “Biiar aku orang pertama yang menyuarakan perkara ini”. 

     Sebaik sahaja Subuh menjelang, mereka pun segera bergerak ke tempat pertemuan. Zuhayr datang dengan memakai sepasang pakaian yang indah lalu bertawaf keliling Ka’bah sebanyak tujuh kali. Kemudian dia tampil kepada orang ramai, lantas berkata: “Hai penduduk Mekah, adakah kita sanggup makan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim sedang menghadapi kebinasaan, mereka tidak dilayan untuk berjual beli? DemI Allah aku tidak berdiam diri melainkan setelah dikoyak perjanjian yang zalim ini”. 

     Abu Jahal berkata (ketika itu dia berada di salah satu sudut masjid): “Engkau bohong, demi Allah lembaran itu tidak akan dikoyak”. Kemudian Zam’ah bin al-Aswad pula berkata: “Demi Allah engkau lebih pembohong lagi. Kami tidak pernah merestui penulisannya semasa ia ditulis”. Abu al-Bakhtariy pula mencelah: “Zam’ah benar, kami tidak rela dengan apa yang ditulis di dalamnya dan kami tidak memperakuinya”. 

     Al-Mut’im bin ‘Adiy pula berkata: “Kamu berdua benar, an bohonglah orang yang berkata lain daripadaitu. Kami berlepas diri kepada Allah daripada lembaran ini dan apa yang ditulis di dalamnya”. 

     Kemudian Hisham bin ‘Amru juga berkata seumpama itu. Lalu Abu Jahal berkata: “Ini adalah perkara yang telah dirancang malam tadi, kamu berbincang tentangnya bukan di sini”. 

     Ketika itu Abu Talib sedang duduk di satu sudut masjid. Dia datang kepada mereka kerana Allah telah memberitahu Rasul-Nya tentang hal lembaran perjanjian tersebut, di mana telah mengutuskan anai-anai yang memakan semua butir perjanjian yang ditulis itu yang mengandungi hal-hal pemulauan dan kezaliman melainkan tulisan nama Allah sahaja. Nabi SAW memberitahu hal tersebut kepada Abu Talib, lalu Abu Talib keluar kepada orang-orang Quraish dan menceritakan kepada mereka bahawa anak saudaranya telah memberitahu begitu dan begini. “Jika dia berbohong, maka kami akan biarkan kamu bertindak ke atasnya , tetapi jika dia benar maka kamu hendaklah hentikan pemulauan dan kezaliman terhadap kami”. Lalu mereka pun berkata: “Sekarang barulah adil”. 

     Setelah selesai percakapan antara mereka dan Abu Jahal, al-Mut’im pun bangun pergi ke tempat lembaran perjanjian itu untuk mengoyaknya. Tiba-tina didapati anai-anai telah memakannya melainkan kalimah “Bismikallahumma” (Dengan namaMu Ya Allah). Setiap tulisan yang merupakan nama Allah tidak dimakannya. 

     Kemudian, perjanjian itu pun dibatalkan. Rasulullah SAW keluar bersama pengikutnya dari kampung tersebut. Orang0-orang Musyrikin telah melihat satu tanda yang besar tentang kebenaran kenabiannya. Sayangnya, mereka itu tidak lebih seperti yang diberitahu oleh Allah: “Dan kalau mereka (kaum Musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: “(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku”- (Maksud al-Quran surah al-Qamar:2)-‘ Mereka berpaling daripada mengambil iktibar tentang tanda tersebut dan mereka menambahkan lagi kekufuran di atas kekufuran yang sedia ada.
Author: Fairuz Ayu
•03:26
     Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah, iaitu dalam bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur. Memandangkan beliau tertua di antara semua, di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk tidak membiarkan seorang pun yang dizalimi sama ada ia orang Mekah atau orang lain melainkan mereka akan bersama orang yang dizalimi tersebut. Mereka akan menuntut pertanggungjawaban terhadap orang yang menzaliminya sehinggalah ia mengembalikan apa yang dizaliminya. Perjanjian ini disaksikan oleh Rasulullah SAW. Baginda pernah bersabda, (selepas baginda menjadi rasul): Aku menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah bin Jad’an. Perjanjian ini sangat aku sukai lebih daripada memilki unta yang merah. Kalaulah diajak mengadakan perjanjian itu semasa Islam nescaya aku akan sahutinya.

     Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah yang biasanya dimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh al-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul al-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji al-fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui al-A'as bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya, setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.